MAS Jan 10

Program : Minggu Aluan Siswa Januari 2010
Date : 16th - 23rd January 2010
Tempat : Universiti Teknologi PETRONAS
Credits : to all Media Facee MAS Jan 10.

Training of Trainee (TOT) Media Facee MAS Jan 10

MAS Jan 10


Gathering Media Facee MAS Jan 10


satu minggu yang amat hectic.
satu minggu yang amat penat.
satu minggu tak cukup tidur.
satu minggu cuti yang dihabiskan kat UTP.
satu minggu kena pekakkan telinga mendengar amarah masing2.
satu minggu memaksa diri tuk bangun pagi dan bekerja.
satu minggu bagaikan 2 hari berlalunya.
satu minggu yang amat singkat.
satu minggu bersama.
satu minggu menjalinkan persahabatan.
satu minggu terbentuk satu family.
satu minggu yang penuh keriangan.
satu minggu yang penuh dengan senyuman.
satu minggu menyatukan kepala2 yang berlainan planet.
satu minggu yang penuh dengan pengalaman.

itulah Minggu Aluan Siswa. :D

Lima

Aku sedang berjalan balik dari kelas. dari Pocket C ke V5f. aduh, jauh. tapi takpe, lagi dekat daripada V1C.

ku berjalan lagi. dan sampai la ke blok ku.

"Bismillahhirrahmanirrahim" bisik hatiku. aku pun memulakan perjalanan ku ke bilik.

ku terbayangkan pakaianku yang tak basuh lagi. banyak. satu baldi penuh. washing machine kat Ground floor. ampaian kat dalam rumah, tapi macam nanti berbau jer kalo sidai. aku pun terfikirkan dryeer..and again, dryer kat Ground floor.. aku mengeluh..

akademik? hurm..still tengah on the way nak carik feel belajar. setakat nieh, Principal of Reservoir Engineering jer yang bosan. yang lain tu..boleh la. aduyai~ boleh ker aku dapat Dean's list nieh? dengar dari senior, macam susah jer sem nie nye subjects. haiya. azrul2, baru bukak sem, dah pikir tak boleh score. tapi banayk Lab. malas nyer...aku mengeluh..

ku terus terbayangkan pasal MEDTECH Club ku. ape benda nak wat lagi yek tuk club nieh? event? family day? aku terus terbayangkan crew2 MEDTECH. family day? aduh. masih dalam planning. dan tengah mencari masa serta tarikh. aku mula la bayangkan aktiviti2 yang indah yang akan berlaku. hurm...tapi baru nak planning....aku mengluh...

ku terbayangkan pula family aku. ape yang diorang tengah buat yek? tiba2 aku tergelak sebab teringatkan Papa ngan Mama layang cerita Ketika Cinta Bertasbih. masa tuh diorang tunggu aku bawak balik. huhuhu~ menyusur terus dekat Aja, adikku. padan muka sekolah lagi. hahaha..Kak Ini sibuk kerja, Kak Yuli tengah praktikal kat Termeloh..ke kat Kuantan? and Kak Pipi yang poyo. :D. tapi aku sekarang kat UTP. diorang sumer kat tempat lain..rindu2...aku mengeluh...

bila terfikir benda2 yang jauh nieh, aku terus terfikir Mesir. kenapa? Fatin Rezal tengah ada kat sana. enjoying the holidays with 30 other Malaysian. how's she? sampai 31st Jan. hurm2. lama agih. harap2 dye belikan la aku pape. teringat sume benda yang kitorang borak2 kan. tersengih sorang2. lepas tuh, sedih sikit. monthly-versary mase tuh tak wish direct kat dye. dye pun tak wish..takpela..dye tengan enjoy. aku pun mesti cool jer. aku rindu dye...aku mengeluh...

tak sempat aku berfikir paper lagi, sampai pun kat bilik..alhamdulillah.

ow, raser pelik naper aku boleh terpikir banyak benda?

yup, rumah aku kat tingkat 5. V5F-L5.1-6. sangat GEMBIRA.



haih~

Apa?

" hari nie kita sambung belajar pasal puasa ye? " ujar Ustazah Nurul Yakin.

aku pun mula mengeluarkan buku Feqah darjah 6 ku. ku melihat sekeliling ku juga mengeluarkan buku berwarna oren tersebut. lalu ku selak sehingga tajuk "Puasa" dengan ejaan Pa Wau Alif Sin.

"Perkara2 yang membatalkan puasa. yang pertama, makan dan minum di siang hari. yang kedua..." terang ustazah sambil memegang marker whiteboard satu persatu sehingga ke akhirnya. (sila klik untuk mengetahui kesemua perkara2 membatalkan puasa)

aku pun mula membaca ape yang tertulis di atas buku. sebijik dengan ape yang diterangkan oleh ustzah. sehingga la aku terbaca satu benda. aku mula berasa hairan. dari dulu aku tertanya2.

"...dan last sekali, BERSETUBUH" ustazah meneruskan penerangan, tapi dengan nada yang sedikit tersipu2.

aku melihat sekeliling. yang laki tersenyum sinis, yang perempuan pun same. aku bingung, amenda "BERSETUBUH" nieh?

suasana sepi sekejap, dan ustazah terus menyambung," okey, perkara2 sunat ketika..."

aku terus mengangkat tangan tanda mahu bertanya," ustzah, bersetubuh tu aper? "

semua tergamam, dan terus tegelak. ustazah pun ikut tergelak, memikirkan aku sengaja membuat lawak, dan meneruskan pengajaran sambil berkata, " nanti tanye kawan"

aku masih bingung. rakan ku terus menarik aku dan bercakap, " bangang la ko nieh. BERSETUBUH tuh ROMEN r!!"

......ow..baru aku tau. darjah 6 baru aku tau menda natang tuh. hahaha~~

nak tau aku tafsirkan menda BERSETUBUH tuh menda dulu?

SETUBUH : satu tubuh. kire, ade beberapa badan dalam satu badan. so, mengandung!!

sengal giler aku. dah. end of story.

Papa

Place : Hospital Putrajaya
Date : 31st Dec 2009 - 2nd Jan 2010
Reason : Papa was admitted to the hospital due to the low HB(haemoglobin) - 7.4
Solution : masukkan 2 kampit darah. took around the whole day nak habeskan 2 kampit tuh.
Gear : sony ericsson c510

Admission day (31st Dec 09)


2nd DAY (1st Jan 10)


Alhamdulillah, papa dah ok skit. esok dye masuk kerja. kesian papa, sakit2 pun kene kerja. :( . "Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya, lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hambanya itu". Papa aku kuat!

semoga Allah memberikannya kesihatan dan kesejahteraan, amin~~~

Post Mortem JI09

Tempat : Institut Integriti Malaysia (IIM) , Jalan Duta
Tarikh : 26-27 Disember 2009
Tujuan : Post mortem Jelajah Integriti 09 + bincang planner 2010
Transportation : thnx to KAK Nina. heee..
Penyertaan :
1- nazri @emom@romeo
2- azrul
3- nina
4- zharif
5- idris
6- mady
7- zuu
8- phartiban
9- firdaus

1st DAY(POST MORTEM JI09)


MAKAN2 DI BILIK 1104 (BILIK AKU NGAN NAZRI)


2nd DAY (PLANNER IBC 2010)


LUNCH DI KAMPUNG BARU

'O' GROUP


PRESENTATION PLANNER TO KAK LINDA AND EN REZAIDI

daripada penyertaan aku dalam discussion selama 2 hari nieh, aku diberi 2 tugasan, dan satu amanah yang besar. aku jadi penulis minutes if meeting (MOM) and person in charge (PIC) for the namelist of Integrity Champion Retreat (ICR). dan amanah besar aku tuh adalah..aku antara perintis muda yang akan pegang IBC nieh, sebab? aku dah ade pengalaman dalam JI and this Post Mortem...kot la. rase2 nye la. tapi rmai agih yang bagus2, harap korang sumer muncul la awal2 sebelum senior2 nie blah. amin~~

Great experience as u were having discussions with great leaders and persons. harap2 aku nie perintis @ product berjaya la. jangan sebab aku, lingkup IBC UTP. haahha..mintak dijauhkan..

nyway, so far, IBC is a great club.

adios~

MIDVALLEY

Hari : Selase
Tarikh : 22 Disember 2009
Tempat : Midavalley Megamall
Tujuan : si budak kecik Pija ajak kuar. sekalik ngan Wan n Liyana

end of the day, aku hepi! tapi macam singkat sangat mase. knaper?
1- kitorang sumer datang pkul 12 lbeyh. ptut nyer pkul 11 dah kmpul. lame skit hang out.
2- amek mase 30 mnit nak pikir tempat makan. hahahaha!!!~

nyway, it was a splendid day for me. heee~

Kahwin

Program : Kenduri Kahwin Jemes Faisol. (Abang sedare)
Tempat : Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak.
Date : 17-20th December 2009
Gear : Samsung ES55, SonyErisson C510
Transport : gerak sekali dengan Abang Ady

1- Singgah rumah Abang Mie. kereta Abang Ady problem. sempat amek2 gambar. heheheh..
2- Aku semakin jatuh cinta dengan kamera enset aku. dah pandai dah skit2 dengan fi'il2 dye. :D
3- Kitorang terjumpe sekor ular lidi@daun(kot). 3 hari aku lalu tempat tuh. 3 hari la ular tuh kat situ. takde hala tuju hidup kot. tah la..
4- Buat kerja memang buat kerja, tapi amek gambar laagi penting. hahahha!!
5- mase tyme kenduri, belambak2 DSLR kelihatan. kalo lah aku yang pegang tuh+maen tukar2 lens..giler cool~ hihihi. yang penting, dapat snap gambar2 best. pergh...
6- First time dirikan khemah besar, tengok orang kerjakan umbut kelapa, aku perah santan, kerja dalam suasan lecak macam taik cair,kerja dengan orang2 yang berumur.
7- Keliling aku cakap jawa jer sumer!! tapi biler nak cakap dengan aku, cakap melayu. aiyak. xpe2, tak kecik ati pun. heheh..
8- sumer orang2 berumur sibuk tanyer, "Anak saper yek nieh?". aku tak tau nak cakap aper. bukan kampung mak ayah aku. errr...kadang2 aku bagi hint2 jer.hahahaha~
9- i found a new crush. haih~~tak tau name. tengok dari jauh jer. sob3..


10- Menahan berak selama lebih 3 jam, semate2 nak berak kat umah. malas berak kat saner. hahaha...
11- Most of the tyme kat umah Wak Jur@Jor, aku maen dengan Ican. anak Abang Mie yang comel, dan membingitkan telinga. main la jugak dengan Iwan ngan Aina. :D

Rumah Abang Mie

Merewang di rumah Wak Tinah


Ke rumah orang tuk berubat Papa


Kenduri kahwin


Merewang (Bungkus)


psst~ aku suker giler main dengan Ican. gelak jer memanjang. hoyeah!!~